Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari bersama EXCO Pembangunan Usahawan Rodziah Ismail menyampaikan baucar bazar ramadan kepada maskot MBSJ selepas merasmikan Pelancaran Program Pemerkasaan Penjaja Melalui Inisiatif Platform Selangor (PLATS) di Bazar Ramadan BK5, Subang Jaya pada 8 April 2022.Turut sama Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar dan Ketua Pegawai Eksekutif PNSB Raja Ahmad Shahir Iskandar. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

Bawa bekas sendiri ke bazar Ramadan, langkah awal bebas beg plastik

SUBANG JAYA, 9 APRIL: Inisiatif Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) memperkenal penggunaan bekas sendiri di bazar Ramadan membuktikan pentadbiran Kerajaan Selangor tidak hanya mengutamakan teknologi pintar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata langkah menerusi kempen bebas beg plastik itu merupakan permulaan dalam menghapuskan penggunaannya.

“Menghapuskan beg plastik adalah sebahagian usaha Kerajaan Negeri dalam menjamin kemampanan alam sekitar. Bermulanya di bazar yang tidak membekalkan beg plastik ia juga dapat menjamin bekalan air bersih.

“Pelaksanaan ini memerlukan tempoh yang panjang tetapi jika berterusan dapat mengurangkan penggunaannya dan pembuangan di longkang dan sungai,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Platform Selangor (PLATS) 3.0 di Bazar Ramadan Bandar Kinrara 5, Puchong semalam.

Amirudin turut meluangkan masa bertemu peniaga dan pengunjung di bazar tersebut diiringi EXCO Usahawan Rodziah Ismail; EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han, EXCO Kerajaan Prihatin V Ganabatirau dan Datuk Bandar Subang Jaya Dato’ Johary Anuar.

Menerusi pelancaran Kempen Bebas Plastik, MBSJ menawarkan 2,000 baucar tunai bernilai RM5 kepada pengunjung yang membawa bekas makanan sendiri setiap Rabu.


Pengarang :