Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDANASIONALSELANGOR

Beberapa daerah di Selangor diramal hujan lebat hingga 4 petang

SHAH ALAM, 5 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat di Selangor dan Kuala Lumpur sehingga jam 4 petang hari ini.

Kawasan lain adalah Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan, seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Perak; Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan; Besut, Setiu dan Kuala Nerus di Terengganu serta Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong di Pahang.

Amaran turut dikeluarkan bagi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Bukit Mabong di Sarawak serta pedalaman Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud, Lahad Datu dan Kudat di Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

 

 


Pengarang :