Gambar hiasan. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur diramal hujan hingga 8 malam

SHAH ALAM, 27 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat di Selangor serta Kuala Lumpur hingga jam 8 malam ini.

Kawasan lain adalah Seremban dan Rembau di Negeri Sembilan; Batu Pahat, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan dan Pekan di Pahang.

Amaran sama turut membabitkan Sarikei, Sibu dan Song di Sarawak serta Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Nabawan dan Keningau, Tawau dan Tongod di Sabah.

 


Pengarang :