Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dijangka hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 22 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Hulu Selangor, Selangor hingga jam 5 petang ini.

Kawasan lain adalah Kuala Muda, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Pulau Pinang; Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim di Perak dan Tanah Tinggi Cameron di Pahang.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran sama bagi Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya hingga jam 6 petang ini.

Ia turut membabitkan Seremban dan Port Dickson di Negeri Sembilan; Bau, Lundu dan Limbang di Sarawak serta Sipitang, Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tawau, Lahad Datu, Kinabatangan, Beluran dan Sandakan di Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :