MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor serta beberapa negeri.
AGENDANASIONAL

Beberapa daerah di Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya dijangka hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 12 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, angin kencang dan hujan lebat bagi daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor hingga jam 6 petang ini.

Amaran sama turut membabitkan Kuala Lumpur, Putrajaya; Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol di Negeri Sembilan; Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; seluruh Perak; Langkawi, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; Besut dan Setiu di Terengganu dan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub serta Bentong di Pahang.

Kawasan lain Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Pakan, Julau, Meradong, Sibu, Mukah, Song, Kapit, Bukit Mabong, Tatau, Sebauh, Marudi dan Limbang di Sarawak.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :