Van terbabas di Pulau Pangkor mengakibatkan tiga mangsa cedera.
AGENDAJENAYAH

Belanja lebih RM30,000 kad kredit curi, lapan warga asing ditahan

KUALA LUMPUR, 13 APRIL: Polis menahan lapan warga asing yang disyaki terlibat dalam kes seluk saku, selepas mereka menggunakan dua kad kredit hasil kegiatan itu untuk membeli pelbagai barangan bernilai RM37,000 di Jalan Ampang, di sini, Ahad lepas.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Noor Dellhan Yahaya berkata kesemua individu berusia 22 hingga 38 tahun itu ditahan sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada pukul 8 malam.

Beliau berkata penahanan dibuat susulan siasatan polis terhadap laporan kehilangan dua kad kredit di sebuah premis di Jalan Ampang, di sini, dan semua suspek direman selama dua hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

Katanya turut dirampas ialah lima buah telefon bimbit jenis iPhone 13 Pro dan Samsung Galaxy Z Fold 3, 20 pakaian pelbagai jenama, satu pelitup muka jenama Puma, 24 alatan mandian pelbagai jenama dan lapan keping resit pembelian menggunakan kad kredit.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung jenayah berkenaan boleh menghubungi balai berhampiran atau menghubungi IPD Dang Wangi di talian 03-26002222 dan hotline polis Kuala Lumpur di 03-21159999 bagi membantu siasatan,” katanya.

— BERNAMA

 


Pengarang :