Pengunjung mengimbas kod QR MySejahtera sebelum memasuki bazar Ramadan Taman Greenwood, Gombak pada 3 April 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
BERITA UTAMAEXCOSELANGOR

Bincang isu bawa kanak-kanak ke bazar Ramadan dalam mesyuarat EXCO

SHAH ALAM, 12 APRIL: Isu membawa kanak-kanak di bawah 12 tahun ke bazar Ramadan akan dibincang dalam mesyuarat EXCO.

EXCO Kerajaan Tempatan Ng Sze Han berkata terdapat pandangan berbeza berkenaan perkara itu maka perlu diteliti sepenuhnya.

“Ada yang berpendapat kanak-kanak dilarang pergi bazar kerana kadar vaksinasi mereka masih rendah dan memberi risiko kepada jangkitan Covid-19.

“Namun ada pihak yang rasakan perlu kerana ia menyukarkan ibu bapa untuk membeli juadah. Mereka terpaksa tinggalkan anak masing-masing,” katanya kepada SelangorKini.

Sze Han berkata setakat ini operasi bazar Ramadan berjalan lancar dan dapat dikawal dengan baik.

“Pihak berkuasa tempatan (PBT) sentiasa memantau keadaan bagi memastikan peniaga dan pengunjung mematuhi tatacara operasi piawai (SOP),” katanya.

Tahun ini Kerajaan Negeri menawarkan 11,967 petak bazar Ramadan setelah mengambil kira keadaan semasa penularan Covid-19 dalam negara.


Pengarang :