Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berucap dalam Majlis Iftar Perdana Cabang Gombak di Dewan Sri Siantan, Gombak pada 17 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Cabang Gombak teguh dan kukuh bawah kepimpinan Amirudin

SHAH ALAM,23 APRIL: Dato’ Seri Amirudin Shari berjaya memastikan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) cabang Gombak tidak terjejas sedikitpun meski berlaku pengkhianatan bekas pemimpinnya.

Calon ketua Angkatan Muda KEADILAN cabang itu Muhammad Husaini Mohd Yunos menegaskan cabang itu kekal pada tahap terbaik hasil ikhtiar Amirudin yang memacu kekuatan agar KEADILAN Gombak kekal teguh dan terus bergerak ke hadapan.

Calon ketua Angkatan Muda KEADILAN cabang Gombak Muhammad Husaini Mohd Yunos

“Kerja keras ini bukan sahaja ditanggapi baik oleh anggota di bawah tetapi juga oleh Presiden Dato’ Seri Anwar Ibrahim yang berulang kali memuji komitmen beliau secara terbuka dalam rapat yang melibatkan anggota parti mahupun pimpinan masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas kenyataan Farhash Wafa Salvador terhadap cabang berkenaan, Muhammad Husaini berkata seluruh anggota KEADILAN termasuk ahli cabang tersebut telah lama membuka lembaran baharu.

Beliau turut mengingatkan bekas pembantu Anwar itu supaya tidak menjadi “jaguh kesiangan” berikutan anggota cabang telah memberi tekad dan kepercayaan kepada Amirudin terus mengemudi Selangor termasuk cabang Gombak.

Farhash Wafa hari ini mendakwa bertanding kerusi ketua cabang Gombak untuk menentukan sama ada Amirudin yang juga Dato’ Menteri Besar Selangor mendapat sokongan dan kepercayaan akar umbi.

 


Pengarang :