Suasana bazar Ramadan Jalan Kuching yang dipenuhi orang ramai ketika tinjauan pada 4 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Covid-19: Jangkitan harian kekal paras 9,000 kes, kategori serius 49 kes

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jumlah jangkitan harian Covid-19 naik sedikit kepada 9,705 kes semalam berbanding 9,673 kes hari sebelumnya, kata ketua pengarah kesihatan.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata kes serius kategori 3, 4 dan 5 kekal rendah iaitu 49 kes atau 0.5 peratus manakala kategori 1 (tanpa gejala) dan 2 (gejala ringan) 9,656 kes atau 99.5 peratus.

“Pertambahan kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan adalah 4,382,402 kes. Daripada jumlah keseluruhan ini, sebanyak 108,523 kes masih aktif.

“Sebanyak 14,267 kes kes sembuh dicatatkan semalam menjadikan jumlah keseluruhan sembuh 4,224,125 kes,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham Abdullah berkata 10 kluster baharu dikesan menjadikan jumlah keseluruhan kluster aktif adalah 116.

Mengenai penggunaan katil di unit rawatan rapi (ICU), beliau berkata semua negeri mencatat penggunaan bawah 50 peratus manakala Putrajaya 53 peratus.

“Bagi penggunaan katil di pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 berisiko rendah (PKRC) pula, hanya Perak mencatat pengisian melebihi 50 peratus iaitu 56 peratus,” katanya.

Berikut adalah pecahan pesakit mengikut kategori yang dicatatkan semalam:

• Kategori 1: 4,653 kes (47.95 peratus)
• Kategori 2: 5,003 kes (51.55 peratus)
• Kategori 3: 16 kes (0.16 peratus)
• Kategori 4: 15 kes (0.15 peratus)
• Kategori 5: 18 kes (0.19 peratus)


Pengarang :