Penyanyi Ziana Zain melakukan latihan bagi rakaman sketsa Senandung Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri di Perbadanan Adat dan Warisan Selangor (Padat), Shah Alam pada 29 Mac 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Ditayang 2 Syawal, apa kata artis Senandung Aidilfitri? (VIDEO)

SHAH ALAM, 29 APRIL: Program Senandung Aidilfitri anjuran Kerajaan Negeri yang bakal disiarkan pada hari kedua Syawal, jam 9 malam menampilkan persembahan artis terkenal tanah air.

Ditayangkan di portal selangortv.my dan Facebook Media Selangor, rancangan itu turut memaparkan sketsa humor antaranya rebut raya dan kampung halaman serta juadah popular di Selangor.

Berikut antara komen selebriti terlibat:

Bell Ngasri

Bell Ngasri

“Sketsa selit skim Kerajaan Selangor bagi membantu penduduk. Bila babitkan artis mungkin dapat menarik orang ramai menonton, jadi segala bantuan kepada rakyat
dapat disampaikan lebih jelas”

Roy Alwi

“Pada saya program sebegini sangat bermanfaat, bukan hiburan semata-mata tetapi rakyat tahu apa manfaat mereka dapat dari Kerajaan Selangor”

Ziana Zain

“Program ini menggabungkan artis lama dan baharu yang pastinya menampilkan
kelainan, jangan lupa saksikannya di SelangorTV.”

Sissy Imann

Sissy Imann

“Bukan program serius semata-mata kerana lagipun penonton juga hendak tengok
sesuatu yang santai setelah hampir dua tahun tidak beraya dengan keluarga di
kampung”

Raja Azura

“Senandung Aidilfitri membolehkan penggiat seni mencari semula rezeki. Artis macam kami pula dapat hiburkan semula penonton”

Haziq Rosebi

“Ketika pandemik banyak persembahan kami terpaksa dibatalkan, sudah tentu
menjejaskan pendapatan. Jemputan Kerajaan Selangor kepada kami ini tepat dengan tema Bangkit Bersama dalam Senandung Aidilfitri”


Pengarang :