Pelajar hadir ke sekolah pada sesi persekolahan secara bersemuka mengikut tatacara operasi piawai (SOP) ditetapkan ketika tinjauan di Sekolah Menengah Kebangsaan Mutiara Labuan pada 18 Oktober 2021. Foto BERNAMA
BERITA UTAMAPENDAPATRENCANA

Dominasi kluster pendidikan berulang, catat banyak kes dalam seminggu

Oleh Melati Mohd Ariff

Berikut adalah rangkuman mingguan Bernama mengenai Covid-19 dan perkara yang berkaitan di Malaysia serta di peringkat dunia dari 9 April hingga pukul 12 tengah hari 15 April 2022.

Kes kumulatif Covid-19 di Malaysia melepasi 4.36 juta kes. Di peringkat global, lebih 503 juta kes dilaporkan dengan kes kematian lebih 6.2 juta kes. Lebih 453 juta pesakit dilaporkan sembuh.

Pandemik Covid-19 yang masuk tahun ketiga sudah merebak ke 226 buah negara dan wilayah.

KUALA LUMPUR, 15 APRIL: Penularan Covid-19 di institusi pendidikan negara kembali banyak dikesan dengan data Kementerian Kesihatan Malaysia menunjukkan sebanyak 17 kluster atau 85 peratus daripada 19 kluster yang dilaporkan untuk tempoh hampir seminggu lepas.

Daripada 17 kluster pendidikan itu, sebanyak lima dilaporkan di Negeri Sembilan dan yang lainnya, tiga di Perak, masing-masing dua di Johor, Kelantan, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan satu di Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Semalam (14 April), sebanyak lapan kluster dilaporkan dan semuanya kluster pendidikan iaitu tiga di Negeri Sembilan, dan masing-masing satu di Johor, Kelantan, Perak, Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dalam kalangan kluster berkenaan, Kluster Jalan Shah Banting 2 yang melibatkan daerah Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang merekod jumlah kes tertinggi sebanyak 133 kes setakat 12 April 2022.

Menurut laporan media, dua buah institusi pendidikan ditutup akibat penularan Covid-19 iaitu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Muar yang diarah tutup selama seminggu bermula Sabtu (9 April) selepas 30 orang pelajar positif Covid-19 dan Sekolah Menengah Sains Rembau (Semesra) diarah tutup selama seminggu (11 April hingga 18 April).

Seramai 60 orang pelajar Semesra dilaporkan positif melibatkan pelajar tingkatan dua hingga lima.

Sementara itu, sebanyak 10,413 kes harian baharu dilaporkan semalam dengan Selangor sahaja mencatat sebanyak 6,529 kes.

Kes kumulatif Covid-19 Malaysia kini meningkat kepada 4,363,024 sementara kes aktif dengan kebolehjangkitan pula 117,785 kes.

Anggota Unit Khas Bahan Kimia Berbahaya Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Labuan melaksanakan operasi nyahkuman di Sekolah Menengah Sains Labuan pada 1 Oktober 2021. Foto BERNAMA

Malaysia mencatat kes harian baharu terendah sepanjang tempoh rangkuman mingguan Bernama 9 April hingga 14 April 2022, iaitu sebanyak 7,739 kes pada 11 April 2022. Kes terendah sekitar 7,000 direkod pada tahun 2022 ialah pada 4 Februari (7,234 kes).

Berikut kes harian baharu sepanjang tempoh rangkuman:

9 April (10,177), 10 April (8,112), 11 April (7,739), 12 April (9,002), 13 April (10,052) dan 14 April (10,413)

Untuk rekod, Malaysia memasuki fasa peralihan ke endemik pada 1 April 2022 sebagai “exit strategy” untuk membolehkan rakyat negara ini kembali semula kepada kehidupan yang hampir normal selepas dua tahun berperang dengan Covid-19.

Kes sembuh terus mengatasi kes harian baharu sepanjang tempoh rangkuman:

9 April (15,132), 10 April (15,765), 11 April (19,049), 12 April (16,986), 13 April (15,893) dan 14 April (13,202).

Dengan sebanyak 4,363,024 kes kumulatif, Malaysia kini di tangga 23 daripada 225 buah negara/wilayah yang dilanda Pandemik Covid-19 Di hadapan Malaysia ialah Ukraine (4,990,465) dan Australia (5,260,331).

Dalam kalangan 226 buah negara, mengikut data terkini Worldometer, Korea Selatan mencatat angka kes harian baharu tertinggi semalam sebanyak 148,417 dengan 318 kematian, diikuti Jerman 160,914 kes (309) dan Perancis 137,342 (133 kematian).

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada awal minggu ini melaporkan dua lagi sub-varian Omicron iaitu BA.4 dan BA.5 dalam ketika beberapa bahagian Asia serta Eropah mengalami lonjakan kes Covid-19 akibat sub-varian BA.2 Omicron.

Sub-varian BA.4 dan BA.5 itu dikesan di lima buah negara iaitu Afrika Selatan, Botswana, Belgium, Jerman dan United Kingdom.

Sementara itu, data CovidNow KKM setakat 12 tengah hari 14 April 2022 menunjukkan daripada 117,785 kes aktif Covid-19, sebanyak 114,854 (97.5 peratus) dikuarantin di rumah.

Sebanyak 366 (0.3 peratus) lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC); 2,411 (2.0 peratus) di hospital; 65 kes (0.1 peratus) di unit rawatan rapi (ICU) tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan (ABP) sementara 89 kes (0.1 peratus) di ICU memerlukan ABP.

Negeri yang mencatat kes empat angka sepanjang tempoh rangkuman:

  • 9 April – Selangor (5,686) dan WP Kuala Lumpur (1,008);
  • 10 April – Selangor (4,299);
  • 11 April – Selangor (4,444);
  • 12 April – Selangor (5,100);
  • 13 April – Selangor (6,156) dan
  • 14 April – Selangor (6,529).

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar hari ini, daripada 10,413 kes harian baharu direkod pada 14 April, kategori 1 sebanyak 5,926 kes (56.91 peratus); kategori 2 sebanyak 4,435 kes (42.59 peratus); kategori 3 sebanyak 24 kes (0.23 peratus); kategori 4 sebanyak 11 kes (0.11 peratus) dan kategori 5 sebanyak 17 kes (0.16 peratus).

KKM meletakkan pesakit Covid-19 yang memerlukan ventilator yang dianggap kritikal di kategori 5. Kategori 4 untuk pesakit yang memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Sebanyak 13,202 kes sembuh pesakit Covid-19 dilaporkan semalam, menjadikan kes kumulatif sembuh sebanyak 4,209,858 (96.5 peratus).

Sebanyak 69 kes di ICU disahkan sebagai Covid-19 setakat semalam dan 45 kes daripadanya memerlukan bantuan pernafasan.

Petugas kesihatan memakai kelengkapan alat perlindungan diri (PPE) ketika memberi rawatan kepada pesakit Covid-19 di Unit Rawatan Rapi Hybrid Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang pada 11 Julai 2021. Foto BERNAMA

Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau Ro/Rt untuk seluruh negara sepanjang tempoh Rangkuman ini kekal bawah paras 1.00. Data seperti berikut:

9 April (0.83), 10 April (0.82), 11 April (0.84), 12 April (0.84) ,13 April (0.85) dan 14 April (0.86).

Negeri yang mencatat Ro/Rt yang tinggi pada 14 April 2022 adalah Selangor (0.91) dan Negeri Sembilan (0.82).

R-Naught (Ro/Rt) ialah kebolehjangkitan satu kes positif Covid-19 kepada orang lain dalam tempoh kebolehjangkitan. Ro 0.5 diperlukan untuk melandaikan lekuk jangkitan koronavirus maut ini.

Senario Covid-19 di Malaysia

Kes aktif dengan kebolehjangkitan:

9 April (153,463), 10 April (145,798), 11 April (134,469), 12 April (126,455), 13 April (120,592) dan 14 April (117,785).

Perincian kes harian baharu (10,413 kes) mengikut negeri, setakat pukul 11.59 malam 14 April 2022, adalah seperti berikut:- (+kes import)

Kes harian baharu empat angka – Selangor 6,511 (+18);

K​​​​es harian baharu tiga angka – Johor 400 (+2), Kedah 237 (+1), Melaka 237 (+0), Negeri Sembilan 506 (+0), Pahang 143 (+0), Perak 401 (+0), Pulau Pinang 339 (+1), Sabah 122 (+0), Sarawak 286 (+0), Terengganu 167 (+0) dan WP Kuala Lumpur 886 (+2);

Kes baharu dua angka – Kelantan 95 (+0), Perlis 22 (+1), WP Labuan 7 (+0) dan WP Putrajaya 27 (+2).

Rekod kes baharu, penularan tempatan dan yang berkaitan:

  • 9 April – Kes baharu: 10,177 kes (4,317,706 kes kumulatif); Kes import: 53 kes [39 warganegara (73.6%); 14 bukan warganegara (26.4%)]; Kes tempatan: 10,124 kes [9,796 warganegara (96.8%); 328 bukan warganegara (3.2%)];
  • 10 April – Kes baharu: 8,112 kes (4,325,818 kes kumulatif); Kes import: 25 kes [semua warganegara (100.0%)]; Kes tempatan: 8,087 kes [7,806 warganegara (96.5%); 281 bukan warganegara (3.5%)];
  • 11 April – Kes baharu: 7,739 kes (4,333,557 kes kumulatif); Kes import: 23 kes [22 warganegara (95.7%); 1 bukan warganegara (4.3%)]; Kes tempatan: 7,716 kes [7,414 warganegara (96.1%); 302 bukan warganegara (3.9%)];
  • 12 April – Kes baharu: 9,002 kes (4,342,559 kes kumulatif); Kes import: 52 kes [50 warganegara (96.2%); 2 bukan warganegara (3.8%)]; Kes tempatan: 8,950 kes [8,562 warganegara (95.7%); 388 bukan warganegara (4.3%)];
  • 13 April – Kes baharu: 10,052 kes (4,352,611 kes kumulatif); Kes import: 21 kes [18 warganegara (85.7%); 3 bukan warganegara (14.3%)]; Kes tempatan: 10,031 kes [9,606 warganegara (95.8%); 425 bukan warganegara (4.2%)];
  • 14 April – Kes baharu: 10,413 kes (4,363,024 kes kumulatif); Kes import: 27 kes [24 warganegara (88.9%); 3 bukan warganegara (11.1%)]; Kes tempatan: 10,386 kes [9,811 warganegara (94.5%); 575 bukan warganegara (5.5%)];

Sementara itu, jumlah kluster aktif dalam negara setakat Khamis 14 April 2022 sebanyak 112 kluster. Secara keseluruhan, sebanyak 6,966 kluster dikesan dan 6,854 daripadanya, ditamatkan.

Sepanjang tempoh rangkuman mingguan Bernama (9 April hingga 14 April 2022), 19 kluster baharu direkod, iaitu 17 kluster pendidikan (89.5 peratus) dan 2 kluster kumpulan berisiko tinggi (10.5 peratus).

Rekod kluster baharu dan perincian:

  • 9 April – 2 (pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1);
  • 10 April – 1 (pendidikan 1);
  • 11 April – 2 (pendidikan 1 dan kumpulan berisiko tinggi 1);
  • 12 April – 3 (pendidikan 3);
  • 13 April – 3 (pendidikan 3);
  • 14 April – 8 (pendidikan 8).

Perkembangan lain dalam negara

Pecahan pesakit Covid-19 mengikut kategori:

*Kategori 5 dianggap kritikal dan memerlukan ventilator; kategori 4 memerlukan bantuan oksijen dan kategori 3 pula yang menghidap radang paru-paru. Kategori 1 (tiada gejala) dan kategori 2 (gejala ringan).

Daripada 10,177 kes harian yang dilaporkan pada 9 April 2022:

Kategori 1: 5,767 kes (56.67%);
Kategori 2: 4,347 kes (42.71%);
Kategori 3: 31 kes (0.30%);
Kategori 4: 14 kes (0.14%); dan
Kategori 5: 18 kes (0.18%).
Daripada 8,112 kes harian yang dilaporkan pada 10 April 2022:

Kategori 1: 3,772 kes (46.50%);
Kategori 2: 4,284 kes (52.81%);
Kategori 3: 29 kes (0.36%);
Kategori 4: 10 kes (0.12%); dan
Kategori 5: 17 kes (0.21%).
Daripada 7,739 kes harian yang dilaporkan pada 11 April 2022:

Kategori 1: 4,354 kes (56.26%);
Kategori 2: 3,318 kes (42.87%);
Kategori 3: 34 kes (0.44%);
Kategori 4: 14 kes (0.18%); dan
Kategori 5: 19 kes (0.25%).
Daripada 9,002 kes harian yang dilaporkan pada 12 April 2022:

Kategori 1: 4,759 kes (52.87%);
Kategori 2: 4,176 kes (46.39%);
Kategori 3: 26 kes (0.29%);
Kategori 4: 20 kes (0.22%); dan
Kategori 5: 21 kes (0.23%).
Daripada 10,052 kes harian yang dilaporkan pada 13 April 2022:

Kategori 1: 5,715 kes (56.85%);
Kategori 2: 4,272 kes (42.50%);
Kategori 3: 31 kes (0.31%);
Kategori 4: 17 kes (0.17%); dan
Kategori 5: 17 kes (0.17%).
Daripada 10,413 kes harian yang dilaporkan pada 14 April 2022:

Kategori 1: 5,926 kes (56.91%);
Kategori 2: 4,435 kes (42.59%);
Kategori 3: 24 kes (0.23%);
Kategori 4: 11 kes (0.11%); dan
Kategori 5: 17 kes (0.16%).

Keadaan unit rawatan rapi (ICU) hospital kerajaan yang merawat pesakit Covid-19. Foto Facebook Noor Hisham Abdullah

Rekod kes sembuh:

9 April (15,132), 10 April (15,765), 11 April (19,049), 12 April (16,986), 13 April (15,893) dan 14 April (13,202).

*kes kumulatif sembuh sehingga 14 April 2022 sebanyak 4,209,858 (96.5 peratus).

Rekod kes kematian:

*BID = kes kematian di luar fasiliti kesihatan (iaitu hospital) dan dibawa ke Jabatan Forensik hospital; disahkan positif Covid-19 selepas ujian makmal PT PCr dijalankan.

9 April – 21 (BID 0 ), 10 April – 12 (BID 4 ), 11 April – 19 (BID 3 ), 12 April – 30 (BID 6 ), 13 April – 22 (BID 6) dan 14 April – 18 (BID 5).

*Jumlah kes kematian sehingga 14 April 2022, sebanyak 35,381 kes.

Statistik global Covid-19

Jumlah kes Covid-19 global terkini (worldometer) adalah sebanyak 503,027,795 kes (Rangkuman Mingguan lalu 497,782,559 kes) dengan 6,217,873 kematian (Minggu lalu 6,199,213 kematian). Kes pesakit sembuh sebanyak 453,162,771 kes berbanding 433,149,912 kes.

Sebanyak 226 negara/wilayah dilanda pandemik Covid-19 dan 10 buah negara teratas dalam kedudukan senarai ini adalah Amerika Syarikat, India, Brazil, Perancis, Jerman, United Kingdom, Rusia, Korea Selatan, Itali dan Turki.

Pecahan kes Covid-19 untuk 10 negara teratas dan (+rekod kes harian baharu) adalah seperti berikut:-

  • Amerika Syarikat 82,252,918 (+42,389);
  • India 43,039,900 (+877);
  • Brazil 30,234,024 (+23,171);
  • Perancis 27,447,397 (+137,342);
  • Jerman 23,277,316 (+160,914);
  • United Kingdom 21,747,638 (+19,950);
  • Rusia 18,041,927 (+11,348);
  • Korea Selatan 15,979,061 (+148,417).
  • Itali 15,979,061 (+148,417);
  • Turki 14,983,158 (+5,127);

Di Asia Tenggara, di samping Malaysia, negara lain iaitu Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Singapura, Myanmar, Laos, Kampuchea dan Brunei turut menyertai senarai 125 buah negara yang mencatat lebih 100,000 kes Covid-19.

Pecahan kes kumulatif Covid-19 dan (+kes harian baharu) adalah seperti berikut:

  • Vietnam di tangga 12 – 10,320,599 (+23,012);
  • Indonesia di tangga 18 – 6,037,742 (+833);
  • Malaysia di tangga 23 – 4,363,024 (+10,413);
  • Thailand di tangga 26 – 3,973,003 (+24,134);
  • Filipina di tangga 31 – 3,682,356 (+276);
  • Singapura di tangga 53 – 1,152,177 (+3,521);
  • Myanmar di tangga 78 – 612,480 (+20);
  • Laos di tangga 109 – 199,008 (+662);
  • Brunei di tangga 121 – 139,465 (+187);
  • Kampuchea di tangga 122 – 136,013 (+15).

 


Pengarang :