Petugas kesihatan memberi suntikan pelalian kepada remaja di pusat pemberian vaksin Bangi Avenue Convention Centre, Kajang pada 30 September 2021. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Dos penggalak ditawarkan buat remaja berisiko tinggi

SHAH ALAM, 14 APRIL: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menawarkan dos penggalak Covid-19 kepada remaja berisiko tinggi berumur 12 hingga 17 tahun.

Dalam kenyataan di Twitter rasminya hari ini, kementerian itu bagaimanapun memaklumkan suntikan jenis Pfizer hanya pilihan dan tidak diwajibkan.

“Dos penggalak Covid-19 akan ditawarkan kepada remaja berisiko tinggi berumur 12 hingga 17 tahun. Dos penggalak ini adalah pilihan dan tidak wajib,” katanya.

Menurut infografik KKM di laman sama, golongan berisiko tinggi termasuk pesakit kanser dan pesakit pemindahan organ yang akan menjalani terapi.

Juga dalam kategori sama ialah pesakit hemodialisis atau dialisis peritoneal jangka panjang dan penyakit lain yang dikategorikan sebagai imunokompromi (imunisasi lemah) sederhana atau teruk.

Perincian lengkap seperti di bawah:

 


Pengarang :