Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa negeri hingga jam 12 tengah hari ini.
AGENDANASIONAL

Dua daerah di Selangor dijangka hujan lebat hingga 9 malam ini

SHAH ALAM, 17 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Sabak Bernam dan Hulu Selangor, Selangor hingga jam 9 malam ini.

Kawasan lain adalah Seremban, Negeri Sembilan; Segamat, Kluang, Mersing, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru di Johor; seluruh Perlis; Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah; seluruh Pulau Pinang serta Kerian, Larut, Matang, Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim di PErak.

Amaran sama turut membabitkan Jeli dan Kuala Krai di Kelantan; Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Temerloh, Bera dan Rompin di Pahang; Kuching, Sri Aman, Pusa, Betong, Pakan, Song, Kapit dan Bukit Mabong dan Limbang di Sarawak.

Menurut MetMalaysia amaran itu dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Katanya, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :