Lebuhraya Pantai Timur di Plaza Tol Gombak menuju Genting Sempah sesak berikutan orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman sempena cuti Tahun Baharu Cina 2022 ketika tinjauan pada 29 Januari 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Dua juta kenderaan dijangka masuk Kelantan Aidilfitri nanti

PASIR PUTEH, 5 APRIL: Kira-kira dua juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan sempena sambutan Aidilfitri nanti, kata Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat.

Beliau berkata jangkaan itu dibuat berikutan kesesakan yang berlaku di negeri itu ketika permulaan Ramadan lepas.

Katanya, bagi memastikan keadaan lalu lintas lancar pada Aidilfitri nanti, pihaknya akan menempatkan anggota polis di lokasi-lokasi strategik di seluruh negeri.

“Baru-baru ini semasa awal Ramadan mereka pulang untuk berbuka puasa bersama keluarga sebelum pulang semula ke tempat kerja.

“Kita jangka perantau akan pulang semula sebelum ketibaan Syawal,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan Timbalan Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Endianshah Endal menyerahkan surat serah tugas kepada Ketua Polis Daerah yang baharu Supt Zaizul Rizal Zakaria.

– BERNAMA


Pengarang :