Orang ramai mendapatkan penyata akaun di Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Cawangan Shah Alam, Seksyen 15 pada 7 Mac 2022. Foto BERNAMA
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Duit KWSP RM10,000 masuk akaun sebelum Aidilfitri, jamin menteri

SHAH ALAM, 20 APRIL: Pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KSWP) dikreditkan secara berperingkat dan dijangka selesai sebelum Hari Raya Aidilfitri, kata menteri kewangan.

Menurut Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz, agihan sukar dibuat dalam tempoh singkat berikutan permohonan tinggi membabitkan 5.3 juta individu dengan pengeluaran RM40.1 bilion.

“Jangan risau kalau permohonan anda belum diluluskan dan penyaluran belum dibuat. KWSP sudah beri komitmen untuk selesaikannya sebelum Aidilfitri,” katanya seperti dilapor Berita Harian.

Penjelasan itu dibuat berikutan banyak pertanyaan mengapa pengeluaran khas KWSP belum dimasukkan ke dalam akaun penerima yang diagihkan mulai kelmarin.

Permohonan untuk pengeluaran khas maksium RM10,000 dan minimum RM50 KWSP dibuka kepada ahli bawah umur 55 tahun selama sebulan mulai 1 April.

Melaluinya, ahli perlu mengeluarkan baki simpanan dalam Akaun 2 terlebih dahulu sebelum mengakses simpanan dalam Akaun 1 jika tidak mencukupi.


Pengarang :