Ahli Dewan Negeri Kota Damansara Shatiri Mansor menyampaikan sumbangan kepasa wakil Surau Ar Razi pada 26 April 2022. Foto Facebook Shatiri FanClub
ADNSELANGOR

DUN Kota Damansara agih RM50,000 program imarah masjid, bantu orang susah

SHAH ALAM, 29 APRIL : Sebanyak RM50,000 diperuntuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Damansara bagi menjayakan pelbagai program sepanjang Ramadan.

Wakil rakyat Shatiri Mansor berkata daripada jumlah itu, pihaknya menyumbangkan RM500 kepada setiap 65 surau dan masjid sekitar Kota Damansara.

“Kita berharap dengan sumbangan itu pihak pengurusan rumah ibadat dapat mengimarahkan lagi masjid dan surau dengan aktiviti bermanfaat sepanjang bulan mulia ini.

“Selain itu, program memasak bubur lambuk di rumah saya turut diadakan, kemudian kami mengedarkan kepada penduduk dalam kawasan DUN Kota Damansara pada setiap hari sepanjang Ramadan,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata program berbuka puasa turut dianjurkan hampir setiap hari bagi menyantuni penduduk di kawasan terbabit.

“Usaha ini dibuat sebagai salah satu inisiatif santuni penduduk semena bulan Ramadan ini selain membantu golongan kurang berkemampuan,” katanya.

Selain itu, pihaknya juga turut mengedarkan lebih 1,000 pek kurma di sekolah, masjid, surau dan bazar Ramadan sekitar DUN Kota Damansara.


Pengarang :