Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Bharu menyerahkan sumbangan kepada wakil rumah ibadat di sekitar Dewan Undangan Negeri Kuala Kubu Bharu. Foto Facebook Lee Kee Hiong
ADNSELANGOR

DUN Kuala Kubu Bharu peruntuk RM50,000 jaya pelbagai program Ramadan

SHAH ALAM, 20 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Bharu memperuntukan RM50,000 bagi melaksana pelbagai program sepanjang Ramadan.

Wakil rakyatnya Lee Kee Hiong berkata daripada jumlah itu pihaknya menganjurkan beberapa aktiviti berbuka puasa, sumbangan kepada 22 surau dan tiga masjid serta edaran kurma.

“Semua rumah ibadat masing-masing menerima RM1,000 bagi meringankan beban mereka menjalankan aktiviti pengimarahan dan berbuka puasa.

“Kita turut mengedarkan 3,000 pek kurma di jabatan dan agensi kerajaan, rumah warga emas termasuk masjid dan surau,” katanya ketika dihubungi SelangorKini.

Menurutnya, aktiviti itu juga merupakan simbolik setiap kali tibanya Ramadan bagi menyantuni umat Islam terutama di DUN Kuala Kubu Bharu.


Pengarang :