Ahli Dewan Negeri Rawang Chua Wei Kiat (tengah) menyampaikan sumbangan Ramadan kepada masjid dan surau sekitar Rawang. Foto Facebook Chua Wei Kiat
ADNBERITA UTAMASELANGOR

DUN Rawang peruntuk hampir RM20,000 anjur aktiviti imarah Ramadan

SHAH ALAM, 13 APRIL: Ahli Dewan Negeri (ADN) Rawang menyediakan peruntukan hampir RM20,000 bagi menganjurkan pelbagai aktiviti sepanjang Ramadan tahun ini.

Chua Wei Kiat berkata daripada jumlah itu sebanyak RM17,200 disalurkan kepada masjid dan surau sekitar Rawang bagi aktiviti pengimarahan.

“Sejumlah RM800 diberikan kepada empat masjid manakala surau pula masing-masing menerima RM500. Kita berharap sumbangan ini dapat meringankan beban pihak pengurusan masjid serta surau,” katanya ketika dihubungi Selangorkini.

Selain itu, beliau turut memaklumkan pihaknya turut mengagihkan 1,000 pek bubur lambuk kepada penduduk sekitar Rawang.

Katanya, sebanyak 3,000 pek kurma juga diedarkan kepada orang awam di bazar sekitar kawasan berkenaan.


Pengarang :