ADN Tanjung Sepat Borhan Aman Shah menyampaikan baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Tanjung Sepat pada 10 Mei 2021. Foto Facebook Borhan Aman Shah
ADNEXCOSELANGOR

DUN Tanjung Sepat agih lebih 500 baucar beli-belah sempena Aidilfitri

SHAH ALAM, 5 APRIL: Sebanyak 550 baucar Jom Shopping sempena Aidilfitri diagih kepada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Sepat pada minggu depan.

Wakil rakyat Borhan Aman Shah berkata pemberian baucar bernilai RM100 itu diutamakan kepada golongan berpendapatan rendah serta masih belum pernah menerima bantuan berkenaan.

“Sebanyak 500 baucar disediakan Kerajaan Negeri. Dalam masa sama pusat khidmat akan menyediakan 50 baucar tambahan dari peruntukan DUN. Inisiatif ini memberi manfaat kepada lebih ramai penduduk.

“Bantuan ini dapat meringankan beban penerima dalam menyediakan keperluan hari raya. Penerima boleh menebus di Pasaraya Econsave Banting,” katanya kepada SelangorKini hari ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari memaklumkan lebih RM2 juta diagih tahun ini menerusi baucar beli-belah bagi membantu golongan tertentu menyediakan keperluan hari raya.

Skim berkenaan diperkenalkan Kerajaan Negeri dengan menyasar golongan berpendapatan rendah sebagai inisiatif jangka panjang membela kebajikan dan kesejahteraan rakyat.

Serahan bantuan dibuat melalui pusat khidmat masyarakat di kawasan masing-masing mengikut komponen utama kaum dan sambutan perayaan.


Pengarang :