Orang ramai mengunjungi salah satu reruai di Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) edisi pertama di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 6 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
EXCOSELANGOR

Ekspo halal negeri medan perkenal produk, perkhidmatan secara meluas

GOMBAK, 2 APRIL: Persidangan Antarabangsa Halal Selangor (Selhac) anjuran Kerajaan Negeri menjadi platform bagi pengusaha tempatan memperkenal perkhidmatan kepada orang ramai.

EXCO Industri Halal Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata program julung kali selama tiga hari pada 4 Mac lalu turut membantu masyarakat mengenali lebih terperinci produk halal.

“Saya yakin usaha ini sekali gus meningkatkan pasaran industri halal di Selangor. Saya juga yakin banyak pihak turut berperan meluaskan lagi kefahaman tentang industri ini,” katanya ketika merasmikan Forum Bicara Halal 2022 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di sini hari ini.

Selhac yang turut mendapat kerjasama Halal International Selangor (HIS) menampilkan tiga komponen iaitu forum, ekspo dan padanan perniagaan dengan disertai 100 pempamer daripada 40 syarikat.

Ia dibahagikan kepada enam kluster iaitu makanan, farmasi, kecantikan, pelancongan, fesyen dan bahan halal yang mencatatkan transaksi melebihi sasaran iaitu sebanyak RM37.73 juta.


Pengarang :