AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Empat daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 12 tengah hari

SHAH ALAM, 7 APRIL: Empat daerah di Selangor diramal mengalami ribut petir, hujan lebat dan angin kencang sehingga jam 12 tengah hari ini.

Jabatan Meteorologi menerusi Facebook memaklumkan daerah yang terlibat ialah Sabak Bernam, Klang, Kuala Langat dan Sepang.

Cuaca buruk itu turut diramal berlaku di Johor (Pontian), Sabah (Putatan, Penampang, Kota Kinabalu dan Tuaran, Kudat).

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :