MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor dan beberapa negeri hingga jam 6 petang ini.
AGENDA AGENSI NASIONAL SELANGOR

Empat daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 2 petang

SHAH ALAM, 14 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor, Kedah dan Perak sehingga 2 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan itu dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Klang, Petaling dan Kuala Langat.

Kedah pula melibatkan Langkawi manakala Perak di Manjung dan Perak Tengah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :