SELANGOR

Enam daerah di Selangor diramal hujan lebat, ribut petir hingga 6 petang

SHAH ALAM, 15 APRIL: Enam daerah di Selangor diramal mengalami hujan lebat dan ribut petir sehingga jam 6 petang hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan empat kawasan berkenaan ialah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat, Klang dan Petaling.

Cuaca buruk sama diramal berlaku di beberapa daerah dalam negeri Perlis, Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Sarawak Sabah dan Sandakan.

Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :