Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Enam daerah di Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 25 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri lain termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan tersebut dijangka berlaku di negeri ini melibatkan daerah Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Perlis, Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka dam Johor.

Manakala Kedah di Langkawi, Kubang Pasu, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Kerian, Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai), Terengganu (Besut), Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Raub, Bentong dan Rompin) serta Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin).

Keadaan sama diramal sehingga 8 malam di Sarawak iaitu meliputi Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei (Pakan dan Sarikei), Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song, Kapit dan Belaga), Bintulu (Tatau) dan Limbang diikuti Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau dan Lahat Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran dan Kudat (Kota Marudu)).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :