Pengguna menunjukkan aplikasi bayaran parkir digital Smart Selangor Parking (SSP) ketika tinjauan di Taman TTDI Jaya, Shah Alam pada 1 April 2022. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

EXCO: 57,518 kupon parkir gores tukar digital, pindah nilai hampir RM40,000 

SHAH ALAM, 18 APRIL: Sebanyak 57,518 kupon parkir gores ditukar kepada e-kupon melibatkan transaksi hampir RM40,000 setakat hari ini

EXCO Kerajaan Tempatan berkata pengguna yang berdepan masalah bayaran parkir digital melalui aplikasi Smart Selangor Parking (SSP) diminta merujuk ejen e-kupon yang sah.

“PBT di kawasan bandar banyak menukar kupon gores ini. Mana-mana pengguna berdepan masalah bayaran parkir digital, diminta merujuk ejen yang sah.

“Ejen akan bantu belikan e-kupon. Lepas bayar, mereka akan masukkan nombor kenderaan pengguna. Jadi langkah ini memudahkan pengguna “ katanya kepada SelangorKini hari ini.

Berkuat kuasa 1 April, bayaran parkir kereta seluruh PBT di Selangor menggunakan sistem e-kupon sepenuhnya.

Justeru orang ramai digalak memuat turun aplikasi SSP di Google Playstore, AppStore atau Huawei Store bagi memudahkan urusan pembayaran.

Pemegang kupon kertas gores perlu mendaftar sebagai pengguna SSP untuk memindahkan baki nilai kupon kepada kredit mulai 26 Mac.

Inisiatif itu diputuskan selepas mengambil kira kebimbangan pengguna yang berdepan kerugian berikutan penguatkuasaan sistem berkenaan.


Pengarang :