Program hebahan bergerak yang dijalankan oleh Pejabat Penerangan Daerah Sepang di sekitar Dengkil. Foto Facebook MPS
PBT SELANGOR

Hebahan bergerak pastikan rakyat patuhi peraturan, elak Covid-19 merebak

SHAH ALAM, 23 APRIL: Pejabat Penerangan Daerah Sepang menjalankan program hebahan bergerak atau ‘Info On Wheels’ (IOW) di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Dengkil, kelmarin.

Majlis Perbandaran Sepang dalam perkongsian di Facebook berkata program itu bertujuan memaklumkan kepada orang ramai mengenai fasa peralihan pandemik ke endemik, kawalan kendiri Covid-19, pengambilan dos penggalak dan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids).

“Hebahan ini bertujuan memastikan orang ramai terutama di sekitar DUN Dengkil terus mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) yang telah ditetapkan bagi membendung penularan wabak Covid-19,” katanya.

Kawasan yang terbabit dalam program itu adalah sekitar Kampung Dato’ Ahmad Razali, Taman Permata Dengkil, Pekan Dengkil, Taman Dengkil Jaya dan Taman Nilam.

Pada 8 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan negara akan memasuki fasa ‘peralihan ke endemik’ dan pembukaan semula sempadan negara mulai 1 April.

Beliau berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pelbagai faktor, melakukan penilaian risiko, mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan (KKM) serta meneliti syor daripada Menteri Kuartet.


Pengarang :