AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Hijrah nafi bayaran geran raya RM1,000, maklumat tersebar palsu

SHAH ALAM, 10 APRIL: Yayasan Hijrah Selangor (Hijrah) menafikan dakwaan berhubung pembayaran geran Aidilfitri berjumlah RM1,000 kepada pemohon seperti tersebar melalui media sosial.

Bahagian Korporatnya memaklumkan maklumat disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp dan beberapa saluran lain adalah palsu.

“Hijrah menafikan (perkara tersebut) dan bahawa tiada sebarang pembayaran duit raya geran RM1,000.

“Pihak yayasan sehingga kini tidak pernah melantik individu luar termasuk saluran politik dalam memberi sebarang geran,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, Hijrah hanya menjalankan pembiayaan bukan geran serta tiada sebarang bayaran awal akan dikenakan kepada pemohon.

 


Pengarang :