Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan hujan lebat dan ribut petir di beberapa negeri hingga jam 5 petang.
AGENDANASIONAL

Hujan lebat dijangka landa beberapa daerah di Selangor hingga jam 7 malam

SHAH ALAM, 5 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat dan Sepang di Selangor serta Kuala Lumpur sehingga jam 7 petang hari ini.

Amaran sama turut membabitkan seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak; Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai di Kelantan serta Besut dan Setiu di Terengganu; Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong dan Temerloh di Pahang.

Kawasan lain adalah Jelebu, Seremban dan Kuala Pilah di Negeri Sembilan; Segamat, Muar, Batu Pahat dan Kluang di Johor; Bau, Kuching, Serian, Simunjan, Sri Aman, Song, Kapit, Bukit Mabong, Tatau, Sebauh, Miri, Marudi dan Limbang di Sarawak serta pedalaman Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan, kawasan pantai barat dan Tawau, Kunak, Lahad Datu di Sabah serta Labuan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.


Pengarang :