Ladang di Kampung Baru Tanah Merah Site A, Port Dickson ditutup selepas Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan mengesan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) pada 9 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONALSELANGOR

Jabatan veterinar negeri belum kesan penyakit demam babi Afrika

KUALA SELANGOR, 13 APRIL: Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)  belum mengesan penyakit Demam Babi Afrika (ASF) di ladang ternakan setakat ini.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bagaimanapun berkata pihak berkaitan terus memantau dari semasa  ke semasa serta mengambil langkah perlu jika penyakit tersebut dikesan.

“Kita sedang tunggu laporan dan namun tiada laporan terkini tetapi veterinar serta KKM sedang memantau.

“Berhubung penyakit rabies hanya ada satu kes kematian sahaja dilaporkan dan kenyataan juga sudah dikeluarkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas berbuka puasa bersama 330 kakitangan dan pelajar Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC) di sini, hari ini.

Pada 9 April lalu, Negeri Sembilan mengesan penyakit ASF hasil pengesahan sampel ke atas dua ekor daripada 275 ekor babi di ladang tidak berlesen.


Pengarang :