Orang ramai membeli barangan keperluan pada program Jualan Prihatin Rakyat di pekarangan Dewan Orang Ramai Kampung Padang Jawa, Shah Alam pada 10 April 2022. Foto REMY ARIFIN SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan mega barangan asas di tujuh lokasi, mulai 28 hingga 30 April

SHAH ALAM, 22 APRIL: Program jualan murah barangan keperluan asas secara besar-besaran menjelang Aidilfitri dianjurkan di tujuh lokasi pada 28 hingga 30 April, jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan Karnival Jualan Mega Prihatin bermula di Dataran Pantai Batu Laut, Tanjung Sepat pada 28 April diikuti keesokannya di tapak lapang sebelah Petronas, Batang Kali.

Jualan mega diteruskan pada 30 April di lima lokasi iaitu Dewan Jalan H, Kampung Pandan; Jalan Pandan 8, Pandan Jaya; Padang Awam Batu Caves, Gombak; Stadium Shah Alam dan Stadium Sabak Bernam.

Menerusi inisiatif itu, ayam standard dijual pada harga RM12 seekor, daging pejal segar (RM35 perkilogram), telur gred B (RM10 sepapan) dan ikan kembung atau selayang (RM8 per pek).

Bermula 27 Februari, Kerajaan Negeri mengadakan program Jualan Prihatin Rakyat pada setiap hujung minggu di 64 kawasan bagi meringankan beban susulan kenaikan harga barang.

Sebanyak 10,000 ayam, 3,100 kilogram(kg) daging segar, 6,200 kg ikan kembung dan selayang serta 315,000 biji telur gred B dijual sepanjang program berkenaan.


Pengarang :