Orang ramai beratur untuk membeli barang keperluan harian pada Program Jualan Prihatin Rakyat di Jalan Pandan 8, Pandan Jaya pada 12 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Jualan murah di Sabak Bernam dilanjut hingga 3 petang – PKPS

SHAH ALAM, 30 APRIL: Karnival Jualan Mega Prihatin di Sabak Bernam dilanjutkan hingga jam 3 petang hari ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menerusi Facebook mempelawa orang ramai merebut peluang membeli barangan keperluan asas murah untuk persiapan juadah Aidilfitri.

“Kami memohon maaf terdapat kelewatan menghantar barangan segar di beberapa lokasi Karnival Jualan Mega Prihatin. Ini berikutan isu logistik dan kesesakan luar biasa trafik khususnya menghala ke Sabak Bernam.

“Sebagai makluman tambahan, jualan pada hari ini dilanjutkan hingga jam 3 petang,” maklum PKPS.

Jualan murah barangan asas secara besar-besaran bermula 25 April sehingga 2 Mei di 29 lokasi seluruh Selangor, lanjutan daripada Jualan Prihatin Rakyat yang dianjur sejak Februari lalu bagi meringankan beban penduduk.

Program itu turut menawarkan barangan seperti tulang lembu, minyak masak paket serta ikan selayang dan kembung (QFish).

Inisiatif itu dijalankan bersama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI, PKPS, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Selangor dan Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah).

 

 


Pengarang :