Orang ramai membeli ayam pada program jualan murah melalui Lori Ehsan di Pangsapuri Sri Jati, Puchong pada 17 Februari 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Jualan murah kali kedua DUN Sungai Kandis Ahad ini

SHAH ALAM, 22 APRIL: Penduduk Sungai Kandis dipelawa hadir ke program jualan barangan asas murah yang dianjurkan kali kedua dalam bulan ini.

Wakil rakyat Mohd Zawawi Ahmad Mughni berkata program pada Ahad ini diadakan selepas mendapat permintaan tinggi dalam kalangan penduduk.

Menurut beliau Program Jualan Prihatin Rakyat itu diadakan di parkir Masjid Kota Raja bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

“Antara barangan basah yang akan dijual ialah ayam, daging, ikan kembung, selayang dan telur ayam.

“Orang ramai dijemput hadir dan membeli produk yang lebih segar dengan harga yang murah,” katanya di Facebook.

Pada 12 April lalu, program jualan murah DUN Sungai Kandis kali pertama berlangsung di parkir Masjid Kampung Bukit Naga.

Selain Sungai Kandis, Jualan Prihatin Rakyat yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah turut diadakan tiga lokasi lain hujung minggu ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan program pada Sabtu bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari di hadapan Kedai PLB, Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang dan perkarangan pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Manakala pada Ahad dalam waktu sama di Kedai Anggerik Maju, Kampung Tanjung Siam, Kuala Selangor.

 


Pengarang :