Orang ramai membeli barang keperluan asas menerusi program Jualan Prihatin Rakyat anjuran PKPS di Taman Jenaris, Kajang pada 17 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINIOTHMAN/SELANGORKINI
ADNBERITA UTAMASELANGOR

Jualan murah kali kedua kawasan DUN Sungai Kandis esok

SHAH ALAM, 23 APRIL: Program jualan murah barangan asas dianjurkan kali kedua di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis berlangsung esok.

Wakil rakyatnya berkata program itu dianjur selepas menerima banyak permintaan dalam kalangan penduduk.

Menurut Mohd Zawawi Ahmad Mughni Program Jualan Prihatin Rakyat itu diadakan di parkir Masjid Kota Raja bermula jam 10 pagi hingga 1 tengah hari.

“Antara barangan basah yang akan dijual ialah ayam, daging, ikan kembung, selayang dan telur ayam.

“Orang ramai dijemput hadir dan membeli produk yang lebih segar dengan harga yang murah,” katanya di Facebook.

Pada 12 April lalu, program jualan murah DUN Sungai Kandis kali pertama berlangsung di parkir Masjid Kampung Bukit Naga.

Selain Sungai Kandis, Jualan Prihatin Rakyat yang menawarkan barangan keperluan asas pada harga murah turut diadakan tiga lokasi lain hujung minggu ini.

Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) memaklumkan program pada hari ini bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari di hadapan Kedai PLB, Parit 1, Sungai Sireh, Tanjong Karang dan pekarangan pusat khidmat masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang.

Manakala esok, dalam waktu sama di Kedai Anggerik Maju, Kampung Tanjung Siam, Kuala Selangor.


Pengarang :