Dato’ Menteri Besar Dato’ Amirudin Shari berucap ketika majlis berbuka puasa bersama pimpinan KEADILAN pusat dan negeri di kediaman rasmi Menteri Besar, Shah Alam pada 6 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

KEADILAN sedia pertahan legasi kemenangan HARAPAN di Selangor

SHAH ALAM, 6 APRIL: Selangor sedia mempertahan legasi kemenangan Pakatan Harapan (HARAPAN) yang dicapai sejak 2008 pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Selangor berkata kemenangan penting bagi memastikan pelbagai program yang dijayakan sebelum ini diteruskan demi manfaat rakyat.

“Antara amanat akhir saya dalam majlis pimpinan negeri sebelum pembubaran ahli-ahli jawatankuasa cabang tahun ini, kita seboleh mungkin ingin menjadikan Selangor lebih (maju) kerana selepas ini ada cabaran besar iaitu PRU15.

“Selangor mempunyai tanggungjawab besar untuk menyumbang kerusi dan mempertahankan kemenangan sekali gus dapat meneruskan pelbagai prinsip yang baik,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari.

Beliau yang juga menteri besar Selangor berucap pada majlis berbuka puasa di kediaman rasminya hari ini.

Turut hadir Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Naib Presiden Tian Chua serta beberapa pimpinan lain.

Dalam masa yang sama, Amirudin berkata keputusan sama ada mahu menawarkan diri dalam jawatan naib presiden semasa pemilihan parti akan dibuat dalam masa terdekat.

“Ada permintaan beberapa pimpinan akar umbi dan sahabat untuk saya mengisi kekosongan jawatan itu.

“Saya ada masa beberapa hari lagi untuk menetapkan (keputusan), insya-Allah akan selesai tidak lama lagi,” katanya.


Pengarang :