Air Selangor pembekal tunggal perkhidmatan bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Kerja baik pulih paip pecah siap malam ini, lori tangki digerak ke 15 lokasi terjejas

SHAH ALAM, 30 APRIL: Kerja membaik pulih paip pecah di Rumah Pam Pudu Ulu Baru, Taman Pertama, Kuala Lumpur sedang dilaksanakan bermula jam 11:30 pagi tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan kerja pembaikan tersebut
mengakibatkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 15 kawasan.

“Kerja-kerja pembaikan ini dijangka siap sepenuhnya pada jam 9:30 malam, 30 April 2022. Bekalan air akan mula disalurkan secara berperingkat  kepada premis pengguna setelah kerja pembaikan siap dilaksanakan.

“Bantuan alternatif melalui lori-lori tangki akan digerakkan ke kawasan-kawasan terjejas, dengan memberi keutamaan kepada premis-premis kritikal sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya.

Lokasi terjejas melibatkan Bukit Permai Industri, Kampung Cheras Baru, Pandan Bistari, Taman Bukit Pandan, Taman Bukit Permai, Taman Bukit Teratai, Taman Mawar, Taman Mega Jaya, Taman Melur, Taman Mestima, Taman Muda, Taman Pandan Mewah, Taman Putra, Taman Saga dan Taman Seraya.

 

 


Pengarang :