Ziana Zain, Elyana, Roy, Haziq, Sissy Imann dan Jamilah Abu Bakar menjalani latihan ketika sesi raptai Senandung Aidilfitri di Dewan Jubli Perak SUK, Shah Alam, pada 30 Mac 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILA/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Keroncong hiburkan penonton, Senandung Aidilfitri angkat identiti Selangor

SHAH ALAM, 28 APRIL: Persembahan keroncong antara slot yang bakal menghiburkan penonton menerusi program Senandung Aidilfitri yang disiarkan pada hari kedua Syawal, jam 9 malam.

EXCO Pembangunan Luar Bandar dan Kebudayaan Borhan Aman Shah berkata alunan tradisional itu akan dinyanyikan Puteri Keroncong Jamilah Abu Bakar, sebagai salah satu produk budaya negeri.

“Seperti kita sedia maklum, keroncong juga merupakan identiti Selangor yang harus dimartabatkan keseniannya,” katanya dalam Borak Santai bertajuk Senandung Aidilfitri Kembali! di YouTube SelangorTV baru-baru ini.

Rancangan Senandung Aidilfitri tahun ini bakal menampilkan nyanyian daripada artis terkenal antaranya Ziana Zain, Sissy Imann, Elyana Emrizal dan Haziq Rosebi.

Manakala slot sketsa pula dimeriahkan oleh pelakon dan pengacara Raja Azura, Bell Ngasri dan Azlee Senario.

Disiar di portal selangortv.my dan Facebook Media Selangor, Senandung Aidilfitri pertama kali disiarkan tahun lalu ketika larangan balik kampung akibat Perintah Kawalan Pergerakan.


Pengarang :