Exco Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail (kiri) menyantuni penduduk ketika Tautan Mesra Ramadan dan perasmian Program Mobilisasi Ekonomi Komuniti Bnadar Negeri Selangor (MEKAR) di Pangsapuri Rimau Indah, Shah Alam pada 25 April 2022. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI
AGENSISELANGOR

Kios Mekar di pangsapuri terpilih tawar lebih 80 produk pada harga murah

SHAH ALAM, 26 APRIL: Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (Kohijrah) menawarkan lebih 80 produk di pangsapuri yang menyertai program mobilisasi ekonomi komuniti bandar Selangor (Mekar).

Pengurus besarnya Mohammad Syukri Ismail berkata antara produk yang dijual adalah makanan sejuk beku, industri hiliran dan barangan kering, sekali gus memberi kemudahan kepada penduduk mendapatkan keperluan dengan harga murah.

“Setiap kios menjual barangan dan produk berbeza mengikut kesesuaian dan keperluan utama penduduk. Namun harga ditawarkan berpatutan untuk bantu meringankan beban mereka.

“Setakat ini kios Mekar dibuka di Pangsapuri Kos Rendah Taman Dato’ Hormat, Sijangkang dan Pangsapuri Rimau Indah, Kota Kemuning,” katanya kepada Selangorkini hari ini.

Semalam EXCO Perumahan Rodziah Ismail melancarkan program Mekar di empat pangsapuri termasuk Pangsapuri Kos Rendah Taman Raja Uda, Pandamaran dan Perbadanan Pengurusan Anggerik 26, Batu 3.

Program dengan kerjasama Kohijrah serta Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor itu bakal diperluaskan ke pangsapuri di Sepang, Semenyih, Hulu Klang dan Taman Medan dalam masa terdekat.


Pengarang :