Keadaan trafik di Plaza Tol Sungai Besi menghala ke selatan bergerak perlahan sekitar 3 petang pada 2 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Kongsi video, gambar kesalahan trafik ketika musim perayaan

SHAH ALAM, 27 APRIL: Orang ramai disaran menyalurkan maklumat atau aduan berkaitan kesalahan trafik kepada polis sepanjang musim perayaan Hari Raya Aidilfitri.

Menurut ketua polis negara, maklumat itu boleh dikongsi dalam bentuk video atau gambar kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), lapor Astro Awani.

“Laksanakan peranan sebagai pengguna jalan raya yang berhemah dan patuhi segala peraturan lalu lintas dengan tidak memotong barisan, menyalah lorong kecemasan atau parkir kenderaan hingga menghalang laluan,” kata Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.

Sementara itu, katanya, polis melancarkan Op Selamat 18 semalam untuk memastikan aliran trafik lancar selain memantau keselamatan harta benda atau premis kediaman.

Tambahnya, JSPT juga bakal melancarkan Op Lancar di kawasan yang dijangka berlaku kesesakan trafik akibat pergerakan pulang ke kampung dan kembali semula apabila tamat musim perayaan.

 


Pengarang :