Antara lokasi terjejas teruk akibat banjir di Kuala Lumpur pada 25 April 2022. Foto Twitter ITIS DBKL
AGENDANASIONAL

Kuala Lumpur dilanda banjir kilat, jalan sesak teruk

SHAH ALAM, 25 APRIL: Beberapa kawasan di Kuala Lumpur mengalami banjir kilat sehingga berlakunya kesesakan lalu lintas susulan hujan berterusan petang ini.

Bernama menerusi Twitter melaporkan anggota Jabatan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berada di lapangan bagi melancarkan aliran lalu lintas di kawasan yang dinaiki air.

Keadaan banjir kilat yang melanda Kuala Lumpur pada 25 April 2022. Foto Twitter Bernama

Antara kawasan yang terjejas ialah:

  1. Jalan Kuching
  2. Jalan Tunku Abdul Halim
  3. Jalan Sematan
  4. Pintasan Segambut
  5. Jalan Segambut
  6. Jalan Kinabalu (Bulatan Mereka)
  7. Jalan Changkat Thami Dollah
  8. Lebuhraya Sultan Iskandar
  9. Jalan Travers
  10. Bulatan Dato Onn
Anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKL Dewan berada di lapangan untuk melancar aliran lalu lintas di kawasan yang dinaiki air pada 25 April 2022. Foto Twitter Bernama

Pengarang :