KWSP mengumumkan permohonan untuk pengeluaran khas RM10,000 dibuka kepada ahli bawah umur 55 tahun mulai 1 April 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

KWSP: 59 peratus ahli M40 mohon pengeluaran khas

SHAH ALAM, 16 APRIL: Sebanyak 59 peratus ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dalam kalangan M40 memohon pengeluaran khas simpanan.

KWSP menerusi kenyataan memaklumkan permohonan melibatkan ahli kategori B40 adalah 55 peratus manakala kategori T20 sebanyak 39 peratus.

“Dipecahkan mengikut pengkelasan gaji, ia mewakili 55 peratus ahli B40 yang layak ( pendapatan kurang RM1,700), 59 peratus ahli M40 (RM1,701 – RM4,900), 39 peratus ahli T20 (pendapatan melebihi RM4, 900) dan 29 peratus ahli tidak formal dan tidak aktif juga memohon,” katanya.

KWSP berkata jumlah pemohon tertinggi melibatkan kaum Melayu iaitu 65 peratus, Cina (12 peratus) dan India (7 peratus) manakala 17 peratus terdiri Bumiputera Sabah dan Sarawak serta bukan warganegara.

“Berdasarkan maklum balas ahli yang memohon kemudahan ini, tiga sebab utama termasuklah mengalami pengurangan pendapatan (24 peratus), membantu pasangan atau ahli keluarga yang terjejas kewangan (23 peratus) dan menambah sumber kewangan (14 peratus).


Pengarang :