Pengurus Operasi Bahagian Kebajikan dan Publisiti Yide Md Arifin Jaafar menyerahkan bantuan wang tunai kepada salah seorang anak yatim di Kampung Sungai Raya, Batu 9, Cheras pada 7 Julai 2021. Foto Facebook Yide
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Lebih 5,000 anak yatim terima sumbangan raya Yide

SHAH ALAM, 11 APRIL: Lebih 5,000 anak yatim di Selangor selesai menerima bantuan Hari Raya Aidilfitri berjumlah RM150 seorang daripada Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide).

Pengurus Besarnya Nur Mohd Razali Abdullah berkata agihan sumbangan kepada 8,100 anak yatim dibuat secara berperingkat dan dijangka selesai pertengahan Ramadan.

“Kita cuba selesaikan agihan secepat mungkin bagi memberi peluang kepada anak-anak ini membuat persiapan untuk menyambut perayaan tidak lama lagi.

“Semoga mereka yang sudah menerima sumbangan ini dapat memanfaatkan sebaiknya di samping dapat menyambut Aidilfitri dengan meriah,” katanya ketika dihubungi.

Yide sebelum ini mengumumkan agihan sumbangan RM1.21 juta kepada anak yatim melibatkan 1,533 orang di Klang, Hulu Langat (1,410), Petaling (1,322) dan Gombak (1,187).

Manakala di Kuala Selangor pula seramai 787 orang, Kuala Langat (564), Hulu Selangor (486), Sabak Bernam (409) dan Sepang (402).


Pengarang :