Ahli Dewan Negeri (ADN) Taman Templer Mohd Sany Hamzan menyampaikan sumbangan kepada wakil Surau Al-Furqan, Bandar Baru Selayang pada 3 April 2022 untuk aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan. Foto Facebook ADN Taman Templer
ADNSELANGOR

Lebih RM70,000 diagih kepada masjid, surau Taman Templer, imarahkan Ramadan

SHAH ALAM, 11 APRIL: Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer memperuntuk RM70,500 untuk disumbangkan kepada 47 masjid dan surau di kawasannya sepanjang Ramadan.

Ahli Dewan Negeri (ADN)nya Mohd Sany Hamzan berkata daripada jumlah itu setiap masjid memperoleh RM1,000 manakala surau masing-masing menerima RM500.

“Sumbangan itu bertujuan meringankan beban pihak pengurusan rumah ibadat dalam melaksanakan aktiviti pengimarahan sepanjang Ramadan ini.

“Semoga ia dapat dimanfaatkan sebaik mungkin,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau turut memaklumkan pihaknya kerap mengadakan majlis berbuka puasa dan singgah sahur bersama aktivis masyarakat serta penduduk sekitar kawasannya.

Selain itu, beliau turut mengedarkan pek kurma kepada orang awam di enam bazar Ramadan sekitar Taman Templer sepanjang bulan mulia ini.


Pengarang :