AGENDANASIONAL

Lelaki putus tangan kiri tersepit mesin pemecah batu

KUANTAN, 26 APRIL: Nasib malang menimpa seorang pekerja apabila tangan kirinya terputus akibat tersepit pada mesin pemecah batu dalam kejadian dipercayai berlaku di tapak kuari di Keratong Timur, Rompin, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan pihaknya menerima panggilan pada 10.20 pagi tadi sebelum tujuh anggota termasuk pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat Muadzam Shah digerakkan ke lokasi kejadian.

Menurutnya sejurus tiba, bomba mendapati tangan lelaki tempatan berusia 51 tahun itu telah terputus daripada paras siku dan melekat pada mesin berkenaan ketika sedang membersihkan mesin berkenaan.

Katanya mangsa telah dibawa ke hospital oleh majikannya sebelum pasukan bomba tiba di lokasi dan melakukan kerja mengeluarkan tangan yang terputus itu.

“Operasi mengeluarkan tangan tersebut dilakukan dengan melonggarkan belting mesin sebelum menyerahkan tangan mangsa kepada majikan untuk dihantar ke hospital,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

-BERNAMA


Pengarang :