Cuaca hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2020. Foto: BERNAMA
AGENDAAGENSINASIONALSELANGOR

Lima daerah di Selangor dijangka ribut petir, hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 7 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri termasuk Selangor sehingga 7 malam ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan lima daerah di negeri ini dijangka mengalami keadaan tersebut iaitu Sabak Bernam, Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat serta seluruh Perlis dan Kuala Lumpur.

Ramalan sama di Kedah melibatkan Kubang Pasu, Padang Terap, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu; Perak (Larut, Matang dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bangan Datul, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Terengganu (Kemaman), Pahang pula di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin diikuti Negeri Sembilan (Jelebu, Seremban, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin).

Kawasan dijangka sehingga 6 petang pula ialah Terengganu di Setiu, Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun; Johor (Segamat, Kluang, Mersing dan Kota Tinggi), Sarawak (Kuching, Serian, Samarahan (Samarahan dan Asajaya), Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu, Miri (Miri dan Marudi) dan Limbang) serta Sabah (Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu dan Beaufort), Pantai Barat, Sandakan (Beluran) dan Kudat).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :