Kakitangan LUAS mencium sampel air bagi mengesan pencemaran bau di muka sauk LRA Sungai Semenyih (Jenderam Hilir) pada 30 April 2022. Foto Facebook Lembaga Urus Air Selangor
AGENDANASIONAL

LUAS siasat pencemaran bau LRA Sungai Semenyih, kerap pantau status air

SHAH ALAM, 30 APRIL: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) menyiasat pencemaran bau seakan diesel dikesan di muka sauk Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih (Jenderam Hilir) hari ini.

Dalam kenyataan di Facebook rasminya, agensi berkenaan menerima maklumat daripada Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) jam 12.30 tengah hari tadi.

“Berdasarkan pemantauan statik LUAS sekitar 1.5km daripada muka sauk tersebut pada jam 12 tengah hari tadi menunjukkan bacaan 0 ton.

“Siasatan sedang dijalankan oleh LUAS ke beberapa lokasi yang mungkin menjadi punca pencemaran tersebut,” katanya.

Agensi terbabit turut meningkatkan kekerapan pensampelan bau di lokasi pemantauan statik daripada 1 jam kepada 30 minit untuk melihat status semasa air sungai.

“Sebarang maklumat akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.


Pengarang :