Team Operasi Agihan Daerah Kuala Selangor menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada penduduk daerah itu pada 13 April 2022. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS agih 500 bubur lambuk kepada penduduk, pekerja awam dan swasta

SHAH ALAM, 14 APRIL: Sebanyak 500 bungkus bubur lambuk diagih Lembaga Zakat Selangor (LZS) kepada orang awam sekitar Kuala Selangor semalam.

Agensi berkata juadah berbuka puasa itu diserahkan kepada 57 keluarga, pejabat kerajaan dan swasta di daerah tersebut.

“Zakat Selangor Daerah Kuala Selangor bersama AJK (ahli jawatankuasa) Surau An Nur Lembah Pantai dan penduduk kampung berjaya mengadakan gotong-royong memasak bubur lambuk.

“Ini salah satu cara kami untuk merapatkan hubungan antara Zakat Selangor dengan masyarakat setempat,” tulisnya di Facebook.

Tambah LZS, acara yang dikendali Team Operasi Agihan daerah itu turut dihadiri penghulu Tanjung Karang dan ketua kampung.


Pengarang :