Lembaga Zakat Selangor mengagihkan bubur lambuk di beberapa bazar Ramadan, agensi dan institusi agama terpilih di sekitar daerah Klang pada 17 April 2022. Foto Facebook LZS
AGENSISELANGOR

LZS agih lebih 800 bungkus bubur lambuk kepada petugas agensi, masjid

SHAH ALAM, 18 APRIL : Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan 850 bungkus bubur lambuk di sekitar daerah Klang semalam.

Agensi itu memaklumkan agihan dibuat di beberapa bazar Ramadan, agensi dan institusi agama terpilih di sekitar daerah tersebut.

“Ramadan kali ini disemarakkan lagi dengan penganjuran Program Ops Bazar Ramadan yang melibatkan aktiviti agihan bubur lambuk dan edaran risalah zakat kepada semua individu.

“Semoga usaha dakwah ini dapat melahirkan lebih ramai masyarakat yang prihatin dengan zakat, iaitu salah satu Rukun Islam kita,” maklumnya di Facebook.

Program itu dikendali oleh Operasi Agihan Asnaf LZS daerah Klang.


Pengarang :