Pegawai Operasi Agihan Asnaf LZS daerah Sepang menyerahkan bungkusan berbuka puasa kepada Hospital Serdang semalam. Foto Facebook Lembaga Zakat Selangor
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS agih makanan berbuka puasa kepada petugas Hospital Serdang

SHAH ALAM, 23 APRIL: Lembaga Zakat Selangor (LZS) mengagihkan 800 bungkusan makanan berbuka puasa kepada petugas di Hospital Serdang semalam.

Agensi itu menerusi Facebook memaklumkan agihan itu dikendalikan Operasi Agihan Asnaf LZS daerah Sepang.

“Agihan ini menyemarakkan lagi Ramadan dan mengeratkan hubungan antara Zakat Selangor dengan pihak hospital Serdang,” katanya.

LZS turut mengucapkan terima kasih kepada pembayar zakat.

Turut hadir dalam program agihan itu Ketua Penolong Pengarah (Perubatan) Hospital Serdang Dr Yang Rashidi.


Pengarang :