Wakil Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Grab Malaysia mengagihkan barangan keperluan asas kepada asnaf Orang Asli di Kampung Sungai Rasau pada 30 April 2022. Foto Facebook LZS
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

LZS, Grab santuni asnaf Orang Asli, serah bantuan raya

SHAH ALAM, 30 APRIL: Seramai 42 asnaf Orang Asli di Kampung Sungai Rasau menerima kelengkapan asas sempena Aidilfitri sumbangan Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Grab pagi tadi.

Dalam kenyataan di Facebook rasminya, LZS memaklumkan agihan kali kelima tahun ini bersama syarikat e-panggilan terbabit meliputi ayam, daging dan barangan kering.

“Kita berharap sumbangan ini sedikit sebanyak meringankan beban penerima sekali gus menceriakan sambutan perayaan bakal menjelang nanti,” kata agensi itu.

Sumbangan diagihkan Ketua Divisyen Kutipan LZS Mohd Fikri Naim Harun di Surau At-Takwa.

LZS turut mengalu-alukan kerjasama syarikat korporat lain pada masa akan datang bagi menyantuni lebih ramai asnaf di Selangor.


Pengarang :