Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini (kiri) melayan anak-anak yatim dalam Majlis Iftar Cahaya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 20 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONALSELANGOR

LZS kerjasama syarikat korporat rai anak yatim, hulur bantuan Aidilfitri

SHAH ALAM, 20 APRIL: Keceriaan terpancar pada wajah 100 anak yatim termasuk pelajar tahfiz apabila menerima duit raya menerusi program Kasihku Zakat Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

Penerima terdiri daripada penghuni Rumah Anak Yatim Rohama Darul Fakir, Pertubuhan Kebajikan Ehsan As-Shakur (Pekeas) dan Institusi Tahfiz Al-Quran Selangor.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Zakat Selangor (LZS) Mohd Sabirin Mohd Sarbini berkata sumbangan itu disalurkan Grab Malaysia hasil dana wakalah syarikat e-panggilan terbabit.

“Ini antara inisiatif LZS bersama pihak korporat dan pengeluar zakat dalam menyantuni mereka yang memerlukan selain menunaikan tanggungjawab membayar zakat.

“Diharap sumbangan ini memberi kegembiraan kepada anak yatim dan pelajar tahfiz untuk menyambut Aidilfitri tidak lama lagi,” katanya ketika ditemui pemberita pada Majlis Iftar Cahaya Aidilfitri di Pusat Konvensyen Shah Alam di sini, hari ini.

Siti Rohani Sofea Abdullah. Foto AHMAD ZAKKI JILN/SELANGORKINI

Seorang penerima Siti Rohani Sofea Abdullah, 17, mengakui gembira selepas mendapat bantuan dan mahu menyimpan wang untuk kegunaan belajar.

“Kami di rumah kebajikan sememangnya mengharapkan bantuan pihak-pihak tertentu. Jadi apabila ada yang sudi beri sumbangan, kami sangat teruja.

“Saya mahu simpan wang ini. Saya bercita-cita menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi,” katanya yang sudah empat tahun menghuni di Pekeas selepas kematian ibu bapa angkatnya selain berpisah dengan orang tua kandung sejak lahir.

Muhammad Iskandar Dzulkarnain Yusaini Amir. Foto AHMAD ZAKKI JILN/SELANGORKINI

Bagi Muhammad Iskandar Zulqarnain, 11, dia bersyukur kerana banyak pihak yang prihatin dan tampil menghulurkan sumbangan sepanjang Ramadan.

“Kami rasa seronok selepas pentadbir dan warden di Pekeas memaklumkan kami berbuka di luar hari ini kerana sebelum ini hanya iftar di asrama.

“Saya sangat berterima kasih atas pemberian duit raya termasuk pakaian raya yang disumbangkan pihak lain,” kata anak keempat daripada enam beradik yang berasal dari Ipoh, Perak.


Pengarang :